wish you were here.

Monday, February 13, 2012

15 facts about smile


Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.

Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.

Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.

Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


Lots of chocolates,

Sunday, December 18, 2011

that song







that song. err dah lama gila tak dengar lagu tu. waktu mid year memang rajin sangat dengar lepas tuh dah malas nak dengar.banyak memory tol la lagu nih. still remember the first time tahu tajuk lagu ni, sebelum tuh just selalu dengar kat radio tapi tak tahu tajuk . Friday,25 march 2011 (yeah itulah tarikhnya!). waktu tu , me and dalila nak temankan farah kena datang sekolah petang jumaat tu sebab ada latihan kawad KAPA. so, lepas waktu P&P sekolah tamat, lepak la kat rumah farah. then, pukul 2 or 3 lebiyh gerak la pergi sekolah balik. perjumpaan kat blok MN asrama. kita orang pon duduk la kat pondok asrama tu sambil tengok orang kawad and buat homework sikit(farah datang just kena jadi pemerhati orang kawad je). dalila pun pasang la lagu tu and bagi tahu la tajuk lagu tu (yeahh and thats the moment cik nazifah baru tahu tajuk lagu tu, memang dah lama carik!).






then, cakap kat dalila and farah,"cuba korang bayangkan kalau time jamuan batch untuk kita f5 nanti pasang lagu ni!!"

farah and dalila: "gila! memang saja nak buat orang hujan agaknya!".

me or dalila or farah (tak ingat siapa yang cakap) :"tak sanggup arrr nak pisah dengan korang..mesti jamuan tuh jadi jamuan yang paling sedih kot.memang tak dapat bayangkan lepas tu kena pisah dengan kawan-kawan semua"





in my mind:" memang next year akan dengar lagu ni lagi (means akan kena berpisah dengan kawan2 lagi).. awal tahun tu..dah kena say bye2 kat FATIN NABILAH BT AHMAD AZRI. next year kena say bye2 again? but time tu kena say bye2 kat lagi ramai orang! tak dapat bayangkan macam mana perasaan time tu(nervous arr nak kena pisah2 ni)"


tapii, rupanya kena dengar lagu tuh lagi awal dari yang apa di'expect'...a few days or weeks lepastu memang terus nonstop dengar lagu tu. almost everyday lepas hari tu, dengar lagu tuh jee..


after almost 1/2 thn, baru dengar lagu tuh balik

and last friday tengah layan semua lagu dalam list, then terselit lagu tu..(oke, memang saje nak suruh hujan balik ke? cukup2 la haritu kajang dah banjir. now, nazifah kena jadi penyebab kajang banjir lagi sekali? HOHO) memang teringat macam-macam benda bila dengar lagu tu.
:








*20 december
senyummmm :)


Lots of chocolate,



Saturday, December 17, 2011



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindu tanda cinta dijalan Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani



Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba Mu ini
Harap ampunkan hamba Mu ini.


OPICK

Lots of chocolate,

And (commanding you): "Seek the forgiveness of your Lord, and turn to Him in repentance, that He may grant you good enjoyment, for a term appointed, and bestow His abounding Grace to every owner of grace (i.e. the one who helps and serves needy and deserving, physically and with his wealth, and even with good words). But if you turn away, then I fear for you the torment of a Great Day (i.e. the Day of Resurrection).

Wednesday, December 14, 2011

love story



Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……


[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Renung2kan..

Lots of chocolate,

Tuesday, December 13, 2011

Si Budak Comel

HAPPY BIRTHDAY EIQMAL HASHIM BIN HAFIZ BIN MOHD HASHIM!

#hey budak cute! anda sudah 1 tahun laaa
HIS FATHER(my bro), SI COMEL, HIS MOTHER
(LOOL ALIKE, RIGHT?)

first impression bila dengar nama yang diberi kepada budak comel ini
"HAHHAHAHHA...takde nama lain ke nak bagi?"
(in my mind:kena bagi taw aiesya ni!LOL)

*memang nak amik stock nama batch 95 kat maahad ek?
sebelum ni SOFIYYAH now EIQMAL
#alaa.. nama lain lagi?waiting for another anak buah! harap-harap bagi nama yang memang ditunggu2! #gedik!


PICTURES OF EIQMAL EVERY MONTH !


#waktu dalam perut mak dia!
#a few weeks lepas dia lahir
wearing "MY AUNTIE IS AWESOME"
yeahh.. memang auntie2 eiqmal ni awesome(especially me!)
(auntie dia memang takde kerja gi beli baju ni! hehhe:p)

#1 month!(time ni kurus lagi)

#2 month! (dah mula mengembang! :D)

# 3 month(aksi menembam giat terjadi!)
# 4 month!(cukur rambut!)
#5 month (swimming time!)
#6 month ( wearing baju waiter!)
#7 month(mandi bersama duck and turtle diaa)
# 8 month(gigi dah ada, apelagi.. pedal la semua makanan!)
# 9 month[sleeping with his monkey and tiger(HARIMAU MUDA!)]
# 10 month( yeah, dah mula terjah playground )
# 11 month
(yeahh,, penyokong HARIMAU MUDA ..dia tolong sokong APEX tu :) meh eiqmal sep2!)

# 1 years old ! (his papa wears "PAPA" shirts , his moms wears "MAMA" shirts and eiqmal wears "EIQMAL" :D )



*VIDEO OF EIQMAL
*coming soon

Lots of chocolate

Monday, December 12, 2011

Tanda-tanda Kematian Anda Semakin Hampir

"Firstly, nak minta maaf sangat-sangat kalau ada terkasar bahasa , terguris atau tertoreh-toreh hati mana-mana pihak ke, mungkin termengumpat ke (sometimes tengah sibuk berborak, tanpa kita sedar rupanya kita sedang mengumpat orang #now, I always try my best untuk elakkan benda macam tu terjadi lagi sebab nanti tak pasal-pasal dapat dosa free2 je ) maybe kalau ada buat salah silap sama ada kecik atau BESAR. Kalau boleh tolong tegur la okay? because i know that i'm not a perfect person! always makes mistake. I will try my best untuk betulkan mana-mana part yang salah. but slow talk oke? sorrrry.kalau anda nak tengking-tengking or marah-marah or ayat nak laser semacam je memang susah nasihat tuh nak melekat dalam otak or maybe saya akan makin memberontak.and satu benda lagi, setiap advice anda saya akan cuba sehabis baik untuk terima tapi bukannya kalau anda nasihat saya hari ni , hari ni jugak boleh terus berubah.saya juga perlukan masa untuk berubah. (banyak cekadak ek? er..sorry but thats the real me!)"






___________________________________________back to the topic_____



Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.





Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.





Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.




Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.




Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam



Lots of chocolate,


Friday, December 9, 2011

tudung bawal dan baju kurung




tudung bawal and baju kurung now macam dah menyeru je :).tapi err..serious baju kurung yang ada, boleh kira dengan jari kat sebelah kanan je.by the way, ada tengok kat 1 tempat tu,,wahhh banyak baju kurung lawa.nk beli!dulu baju kurung tak lawa sangat macam sekarang!
sekarang banyak yang pattern dia cute-cute je!

mak kata: alaaa.. bukannya awak tu nak gune pun, entah2 simpan dalam almari je.. membazir. dah nk U nnti baru beli bju kurung banyak
me: er..hermm.oke..(ntah2, aku ni HOT2 chicken shit je kot..takut pula kalau last-last tak guna pun baju tuh)

#now, suka tengok orang pakai baju kurung dengan tudung bawal. macam comel je! SERIOUS! :)

tudung bawal memang tak de hal!now, dah fall in love dengan tudung yang ada sulam2 atas kepala yang selalu jual kat KELANTAN tuh! NICE! tapi harga pun NICE sangat la kan.


*act, banyak yang lagi lawa dijual kat KELANTAN! tapi yang ni gambar yang jumpa kat GOOGLE


and satu lagi , TUDUNG AIDIJUMA! tudung bawal yang designed by NORJUMA!
suka tudung bawal dia yang ada 2 tones tu COMEL!
#tapi tak taw la bagi korang : er.. biasa je!
tak kesah! saya tetap suka!






Lots of chocolate,

Thursday, December 1, 2011

Hanarete Itemo



#even if we are apart
2pm

When I suddenly think of you and those clear and bright eyes. They suddenly appear in sky floating above the crescent moon.If it's possible as I fall asleep. And drift into a dream I wish I could send my longing through that room's window.So just like that as I keep on thinking of you. You are probably still not aware of this feeling that is swelling up. Even if I'm away , don't forget that I paint your shadow in strokes of dear longing.I'm always by your side.Miss you .... sorrrow... such words come to mind as I'm drowning in the mood carried over by a light breeze.
Feeling nostalgic again and now little by little I inhale deeply into this chest the memory of your scent. And when you realize it, the whole world is filled with you and I cannot stop this overflowing feeling.Don't be afraid of dark anymore Because as long as you close your eyes
There will definitely be me watching over you like a bright moon. So, even if we are apart because you keep on illuminating the sky of my heart. Don't forget I am always by your side







Lots of chocolate,


Monday, November 28, 2011

love of a friend




My eyes have gone blind, time has stopped.
I got to know you, who is so eye-blinding.I can't hide it, I can't help myself I love you, I want you.I know I can't have you- the love of a friend.I can't forget for a single day- I can't stop. Breathlessly, I love you, I only love you. My heart that looks toward you is burning. We're not friends, we're not lovers- it hurts and I cry. My heart cannot be hidden- it's getting bigger- it hurts I can't breath because I can't have you. This is a heartbreaking one side love. I Need you, I Want you, I Miss you,Wanna Feel you. (Hey, Baby). So please, know that my mind is only for you If you are tired and exahusted and you need someone else. I will be there, I'll treat you well so you can rest. I will stand behind you- I'll look at you alone- the love of a friend. Though I try to erase, I cannot erase (You're my beautiful girl) Beautiful, I love you, I only love you. My heart that looks toward you is burning. We're not friends, we're not lovers- it hurts and I cry. My heart cannot be hidden- it's getting bigger- it hurts Even if I throw everything else away, I want you. The foolish monlogue, the words I couldn't tell you Breathlessly, I love you, I only love you. My heart that looks toward you is burning. We're not friends, we're not lovers- it hurts and I cry. My heart cannot be hidden- it's getting bigger- it hurts If we are born again in the next world, I won't let you go.I love you like crazy, I love you till death.


Lots of chocolate,

don't go

Don't leave, don't leave .Don't lie like you would erase me. Don't say those things to me lies, just all lies, Don't try to tie me down with empty words, You're already too late~ To see us separate like this, It scares me. It scares me. To see us carry on like this, That scares me more (Don't leave) Back like then, oh would you..oh come back .Acting the way you do isn't going to change a thing. Back to me, oh to that place..oh come back. Please stop. Stop acting this way. It's all over. I watch movies, I listen to music trying to smile my heart calls to you and I start to cry Stop struggling to turn back time, After a long while, it'll all be forgotten, You too will be forgotten. The love we had hurts too much, just like this, Even though we were happy. Please leave me like this I beg you, Ii beg you. For the last time, please think it twice I beg you (Don't leave). Back like then, oh would you...oh come back. Acting the way you do isn't going to change a thing .Back to me, oh to that place,.oh come back. Please stop. Stop acting this way. It's all over. I call back to you one last time but... your cold back doesn't answer back. It's such a shame but I don't think we'll work any more, why can't you say anything but "don't leave"? (Don't leave). Back like then, oh would you... oh come back Acting the way you do isn't going to change a thing Back to me, Oh to that place, Oh come back Please stop. Stop acting this way. It's all over.


lots of chocolate,